Huraian botani Kentang

Pokok kentang.

Pokok kentang bertumbuh dengan rendah dan melahirkan bunga-bunga yang putih hingga ungu warnanya, dengan stamen yang berwarna kuning. Bunganya mengandungi bahagian-bahagian aseks dan biasanya didebunga silang dengan pokok-pokok kentang yang lain oleh serangga, tetapi penswasenyawaan juga kerap berlaku. Setiap jenis kentang juga boleh dibiakkan secara vegetatif dengan menanam keratan-keratan ubi yang dipotong supaya merangkumi sekurang-kurangnya satu atau dua mata. Sesetengah kelainan komersil kentang tidak menghasilkan sebarang biji (pokok-pokok ini melahirkan bunga-bunga seks tunggal yang tidak sempurna), dan hanya boleh dibiak melalui keratan-keratan ubi.

Bunga-bunga pokok kentang.

Selepas pokok kentang berbunga, sesetengah kelainan akan menghasilkan buah-buah hijau yang kecil yang kelihatan seakan-akan tomato ceri. Pokok-pokok ini menghasilkan biji-biji, seperti dengan buah-buahan yang lain. Setiap buah ini mengandungi sehingga 300 biji sebenar. Biji-bijinya boleh dipisahkan dari buahnya melalui mesin pengisar laju rendah yang mengandungi sedikit air, dan kemudian meninggalkannya di dalam air selama sehari supaya biji-bijinya dapat tenggelam dan bahagian-bahagian buah yang lain dapat mengapung. Bagaimanapun, sesetengah ahli hortikultur menjual kimera yang dihasilkan melalui percantuman pokok tomato kepada pokok kentang supaya dapat menghasilkan kedua-dua tomato dan kentang yang boleh dimakan.